Aku ingat nak tulis surat pada Encik Wenger.
Orang kata, menang atau kalah adalah adat permainan. Tapi kalau asyik kalah itu adat apa ?
.
.
.
Adat resam.
Monday, February 8, 2010
Pasal Bola.
Posted by Iqbal Yusoff. at 2:40 PM
Monday, February 1, 2010
Simbol.
Man and his symbols; ada bagitahu tentang simbolisme perkataan yang kita tutur.
Menurutnya, setiap perbuatan yang kita lakukan adalah satu simbol subconcious yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar. Bukan sahaja mimpi.
Contohnya, bila aku ada masalah, aku akan rasa tak sedap minum teh wak dol. Itu sebenarnya adalah tubuh aku sendiri, yang cuba nak kata apa yang terbuku dalam fikiran.
Realitinya, secara hiper. Aku susah nak menelan rasa atau masalah yang menimpa. Rasa tak sedap melambangkan perasaan berkecamuk.
*
Tapi bila mata aku tiba tiba mengalir air mata, apa cerita ?
Secara jujurnya, aku bukan seorang hero gagah atau kacak yang boleh di google atau dilihat di TV dan Youtube.
.
.
.
.
Aku cuma seorang pacisift yang rindukan keluarga. Bilalah lagi aku boleh pergi memancing sebelum aku tinggalkan negara ?
Posted by Iqbal Yusoff. at 1:58 AM
Arsenal.
Did you ever noticed, in the movie 'Willy Wonka and the Chocolate Factory' that the Oompa Loompas never wore a hairnet ?
Ini soalan aku.
*
Selamat malam London. Cilakak sungguh EPL.
Posted by Iqbal Yusoff. at 1:23 AM
Thursday, January 28, 2010
Aku.
"When we are not good-looking, we become a failure by default. People treat us like we have the Ebola virus"
Mungkin juga.
Hari itu, aku terjumpa kawan kawan lama. Walaupun tak berapa rapat, tapi apabila diingat semula, aku rasa kami selalu juga bercakap. Baca, berkomunikasi.
Aku tak tahu sama ada kerana lama tak jumpa, atau apa. Tapi kali ini, tak berkata apa. Berkomunikasi maksud aku.
Aku ada Ebola virus kot.
Posted by Iqbal Yusoff. at 12:01 AM
Thursday, January 21, 2010
Pemerhatian hari ini.
Aku jenis yang memerhati. Aku tengok keliling aku, aku analisis mengikut lojik aku.
Tadi kelas Tech Comm. Kelas yang merangkumi skil kejuruteraan secara luarannya tetapi turut merangkumi skil arkitekturan secara selindung. Betul, aku tak bohong.
Itu satu.
Tadi aku sedar ketika aku duduk membuat kerja bersama rakan rakan, perempuan. Perempuan, mereka ibarat cheerleader. Walau seteruk mana kerja, mereka pasti akan kata, " It's okay. Boleh padam semula. Kau buat perlahan-lahan."
Walaupun itu bukan untuk aku, tapi aku sedar, lelaki dan perempuan sepatutnya seperti yin dan yang, chips dan soda. Macam gambar John Lennon dan Yoko Ono.
*
Aku harap aku pun boleh jadi macam tu.
Posted by Iqbal Yusoff. at 5:45 PM
Wednesday, January 20, 2010
Fair.
Melihat kepada gambar profil Fbodoh milik aku, sangat lame. Aku rasa lah, lama dah tak tukar.
*Aku bukan jenis suka gambar sendiri ditangkap.
*
"The modern day media, the magazines, the TV, they show us what coolness is, so that everyone can go out there and buy coolness. thus fooling the weak minded, " kata aku pada seorang kenalan selepas aku sedar bahawa gaya dia seperti Bunkface.
Bagi aku, itu tak salah. Tapi sifat dia yang bising sebab budak budak dalam hostel tengok cerita Korea macam tengok cerita tak bertamadun tu yang buat aku rasa dia sangat menjengkelkan.
Contoh lain, pada orang lain yang bising bising bila orang lain selalu makan McDonald. Itu pun boleh jadi satu masalah, sambil membangkit bangkit kan fakta macam budak kecil.
Tapi, aku tahu kita semua ada prejudis pada semua orang. Hitam, putih, lelaki, perempuan.
Tak Glorious langsung.
Posted by Iqbal Yusoff. at 8:28 PM
Friday, January 15, 2010
Keluar daripada realiti.
Watak diri aku seperti dah menjadi semacam hiper realiti. Semacam aku melupai waktu dulu, mungkin terlupa.
Tapi, kalau boleh aku nak pusing semula, pergi berseronok dengan keluarga, memancing, berkhemah.
Ya, itu aku.
Posted by Iqbal Yusoff. at 1:18 PM